Pages

Sunday, September 2, 2012


PENGENALAN
Pada umumnya Etika Komputer merupakan salah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul. Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.


Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.


Objektif Kod Etika
   ü   Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer.
   ü   Memahami prinsip etika komputer.
   ü   Memahami etika professional Teknologi Maklumat.
   ü   Mengetahui fungsi kod etika professional.
   ü   Keperluan etika komputer.



ETIKA
PENGGUNAAN
INTERNET

JAMALUDDIN BIN ABDULLAH

PPG AMBILAN JUN 2011

BM 2


RUJUKAN:-
bme3103.tripod.com/…/etika_penggunaan internet




Prinsip Kod Etika
1)  Keseimbangan~kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2)  Keizinan termaklum~Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi.
3)  Keadilan~Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil.
4)  Meminimumkan risiko~TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko.

Rukun Etika

1)  Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2) Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3) Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4) Tidak menggunakan  komputer untuk mencuri dan menipu.
5) Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak)
6) Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
7) Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

Kerangka Kod Profesional

1)  Mengelakkan  kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
2)  Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baharu yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
3)  Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
4)  Bersikap adil dan tidak menindas.

No comments:

Post a Comment