Pages

Sunday, September 2, 2012


Tajuk 1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat
internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,
video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan
alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan
dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan
kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video
dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat
contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video
yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube
downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan
6
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu
sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil
kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan
yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan
semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio,
video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak
diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan
diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”.
Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang
berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan
anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda
perlukan.
7
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan
katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan
halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini
dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir
melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang
telah diberikan.
8
Alamat Internet.
Wajik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik
Karipap
http://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap
Menambah Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_02.htm
Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_03.htm
Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_06.htm
Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_08.htm
Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_09.htm
9
Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Meg
abait&pg=me_01.htm
Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesi
hatan&pg=kn_04.htm
Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm
1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat
internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat
internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang
disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan
pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan
tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Katalog Alamat Internet
Tajuk Peribahasa Melayu
URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&sim
pulan_abjad=a
Sinopsis Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai
peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.
Tajuk Seni Tenun Melayu
URL
http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Sinopsis Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tajuk Tatabahasa : Kata Nama
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
10
Sinopsis Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh
penggunaan kata nama.
Tajuk Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm
Sinopsis Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah,
ekor, orang, dan sebagainya.
Tajuk Pakaian Tradisional
URL
http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg
Sinopsis Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia
Tajuk Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
URL
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm
Sinopsis Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan
Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran
dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.
Tajuk Pusat Perkembangan Kurikulum
URL
http://www.ppk.kpm.my/
Sinopsis Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan
pelajaran bagi semua matapelajaran.
Tajuk Ayat Inti
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm
Sinopsis Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.
Tugas pelajar:
1. Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam
bentuk alamat internet dan katalog internet.
2. Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan
3. Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet.
4. Simpan semua kerja Tajuk 1 ke dalam folder tajuk 1.
Selamat belajar.
1
Tajuk 3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
3.1 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
3.2 Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan
PowerPoint
Amali:
Mengakses maklumat tentang garis panduan dan etika penggunaan Internet.
Membina brosur dan power point menggunakan publisher
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan
Power Point
Catatan:
Secara individu pelajar dapat menghasilkan:
Brosur dan power point yang memuatkan garis panduan dan etika penggunaan internet.
Brosur yang dicetak dalam bentuk hardcopy.
Klik di sini untuk mendapatkan bahan rujukan:
http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20etika%20profesional%20TM.pdf
Arahan kepada pelajar:
1. Pensyarah akan menjelaskan etika penggunaan internet kepada anda.
2. Pensyarah meminta anda memuat turun bahan asal daripada laman web yang disediakan di
atas.
3. Setelah memuat turun bahan yang berkenaan, anda diminta menjadikan bahan yang
berkenaan kepada bentuk persembahan Power Point dengan menggunakan konsep tapak.
4. Anda juga diminta menukarkan bahan etika penggunaan internet kepada bentuk brosur
dengan menggunakan templat yang diambil daripada Microsoft Publisher.
5. Setelah siap, sila simpan bahan yang berkenaan di dalam folder tajuk 3.
6. Sila lihat contoh yang telah disediakan.
7. Sila hayati etika penggunaan internet kerana etika ini perlu dipatuhi.
8. Sebarang penyalahgunaan bahan internet dan perkakasan TMK, ialah tanggungjawab anda
sendiri.
Kepada Pensyarah:
Sila hantarkan emel kepada lokmanibmm@yahoo.co.uk untuk mendapatkan bahan asal, tapak
persembahan power point, dan brosur.
Terima kasih.
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
1
Etika Penggunaan Internet
Objektif Kod Etika:
1. Mengetahui masalah moral
dan isu etika komputer
2. Memahami prinsip etika
komputer
3. Memahami etika profesional
Teknologi Maklumat
4. Mengetahui fungsi kod etika
profesional
5. Keperluan etika komputer
ETIKA
PRINSIP
RUKUN ETIKA
ISU ETIKA
CIRI PROFESIONALISME
KOD ETIKA
KERANGKA KOD
KOD ETIKA PROFESIONAL
PENUTUP
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
2
Prinsip
1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik
daripada risiko dan keburukan.
2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham
dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah
faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang
timbul.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
3
Prinsip
3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara
adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama
risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut
menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil
untuk kedua belah pihak.
4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko
yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang
diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada
risikonya.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
4
Etika
Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang
penggunaan komputer yang betul (panduan)
Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat,
harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang
membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat.
Penggunaan TM + tidak bertanggungjawab = isu etika/natijah
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
5
Rukun Etika
1.
Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
2.
Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3.
Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4.
Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
5.
Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
6
Rukun Etika
6.
Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang
tidak dibeli secara sah.
7.
Tidak menggunakan sumber daripada komputer
orang lain tanpa kebenaran.
8.
Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk
diri sendiri.
9.
Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang
dibangunkan.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
7
Isu Etika
1.
Tidak nampak kesan dan masalah moral dari
aspek sosial pengkomputeran.
2.
Pengetahuan dan penggunaan yang kurang
mendalam dalam komputer berbanding
dengan mereka yang sememangnya dalam
bidang pengkomputeran.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
8
Isu Etika
3.
Kurang arif tentang undang-undang siber.
4.
Orang awam tidak menerima impak yang
hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan
etika komputer.
5.
Kurangnya pendedahan dalam pengaruh,
kegunaan dan kuasa yang ada pada
komputer.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
9
Ciri Profesionalisme
1.
Harus ada pekhidmatan penting dalam
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan
negara.
2.
Menggunakan banyak keupayaan dan
kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
3.
Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu
bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu
dalam jangka masa tertentu.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
10
Ciri Profesionalisme
4.
Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan
tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan
profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.
5.
Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi
dengan tidak mementingkan keuntungan wang
(gaji) semasa menjalankan tugas.
6.
Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus
dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan
profesion itu.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
11
Kod Etika
1.
Inspirasi dan panduan.
2.
Pencegahan dan disiplin.
3.
Memelihara maruah profesion.
4.
Memelihara keharmonian.
5.
Sokongan.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
12
Kerangka Kod Etika
1.
Kebersendirian
2.
Ketepatan
3.
Hak milik
4.
Capaian
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
13
Kerangka Kod Etika: Kebersendirian
1.
Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh
atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.
2.
Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan
oleh majikan ke atas kaki tangan.
3.
Apakah perkara yang boleh disimpan secara
peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk
dimaklumkan kepada pihak lain.
4.
Apakah maklumat tentang individu yang perlu
disimpan dalam pangkalan data. Sejauh manakah
selamatnya maklumat tersebut?
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
14
Kerangka Kod Etika: Ketepatan Maklumat
1.
Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan,
kesetiaan, ketepatan maklumat yang
dikumpul.
2.
Bagaimana memastikan meklumat diproses
dengan sempurna dan dipersembahkan
dengan tepat kepada pengguna?
3.
Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat
dalam maklumat, bagaimana pihak yang
terjejas boleh dipampas?
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
15
Kerangka Kod Etika: Hak Milik
1.
Siapa memiliki maklumat
2.
Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran
maklumat.
3.
Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi
hak cipta.
4.
Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang
mempunyai hak milik.
5.
Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.
6.
Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk
mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.
7.
Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
16
Kerangka Kod Etika:Capaian
1.
Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
2.
Berapa bayaran perlu dikenakan kerana
membenarkan capaian maklumat.
3.
Bagaimana capaian kepada komputer disediakan
kepada kaki tangan yang tidak berupaya.
4.
Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan
untuk mencapai maklumat.
5.
Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau
organisasi untuk mendapat keistimewaan
memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa
dan jaminan apa?
03/11/2010
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus
Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
17
Kod Etika Profesional
1.
Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada
sesiapa misalnya menyebarkan virus.
2.
Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka
bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan
berkomunikasi.
3.
Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan
tidak menyebarkannya.
4.
Bersikap adil dan tidak menindas.
5.
Menghormati hak cipta orang lain.
6.
Menghormati hak kebersendirian orang lain.
03/11/2010

No comments:

Post a Comment